Keluar UMNO Konon Protes Presiden Hanya Alasan Penyedap Rasa – Penganalisis

Oleh: Ab Jalil Backer

1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.

2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.

3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.

4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.

5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?

6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.

7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.

8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.

9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.

10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.

11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.

2 thoughts on “Keluar UMNO Konon Protes Presiden Hanya Alasan Penyedap Rasa – Penganalisis

  • December 15, 2018 at 9:20 am
    Permalink

    Presiden timbalan juga yg pegang jwtan molek undur biar yg baru pimpin umno?? Tk rasa bersalah ke?? Ahli pun muak mual meluat tk sedar diri kah?? Awak ada kes?? Cara awak bongkak takbur makin hari makin ramai akan keluar??? Tengoklah jika tk percaya?? Biar yg baru pimpin pulihkan..bukan awak2 semua yg ada skandal kes tk habis???? Pudar kelam kabur tk rasa ke?? Hari hari ramai akan tinggalkan umno?? Ahli2 pun suruh undur betul lah takbur bongkak angkuh sbb tu lah kalah sbb rasuah pecah amanah??? Tinggalkan jer ahli2 yg ada biar dia tahu?????

    Reply
  • December 15, 2018 at 9:21 am
    Permalink

    Ramai2 keluar tinggalkan umno???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.