Rafizi Dakwa Harga Minyak Akan Naik, Beberapa Jam Kemudian Tukar Kenyataan Lagi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli perlu berhenti memalukan diri dengan membuat kenyataan pra matang dan menakutkan rakyat demi meraih sokongan politik murahan.

Belum reda isu fitnah keatas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung dakwaan kontrak pelaksana Expo Negaraku, Rafizi  berbohong pula isu harga minyak untuk minggu ke-3 Disember 2017.

“Esok (Rabu), saya jangkakan harga minyak naik lagi kerana harga minyak mentah Brent telah naik mendadak sejak minggu lalu dan mencecah USD65 setong.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan merancang ekonomi, Datuk Seri Rahman perlu menjawab apa yang beliau buat selama ini untuk menurunkan harga minyak dan harga barang? Tugas beliau bukan untuk menganjurkan ekspo yang menelan puluhan juta wang rakyat bagi tujuan membodek Perdana Menteri semata-mata,” kata Rafizi dipetik kenyataan di Facebook beliau.

Walaubagaimanapun, 19 jam kemudian, Rafizi mengubah kenyataannya dengan mendakwa harga minyak akan turun 5 sen berdasarkan ‘semakan’ baharu berdasarkan laporan media antarabangsa.

“Harga RON95 mengikut formula yang ditetapkan sendiri oleh Kerajaan Persekutuan sepatutnya RM2.24 seliter, iaitu turun sebanyak 5 sen malam ini (semalam),” ujarnya.

Harga RON95 turun 4 sen bermula Khamis kepada RM2.25 seliter dan harga RON97 pula RM2.52 (turun 5 sen) dan diesel diniagakan dengan harga RM2.20 seliter (turun 1 sen).

Mengulas mengenai sikap gemar memfitnah Rafizi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz menggesa agar pemimpin PKR itu untuk berhenti menjadi munafik dengan menyebar fitnah kepada lawannya.

“Rafizi ini diibaratkan tidak boleh hidup kalau tidak menipu dan menfitnah. Bertaubatlah… insaflah… Takutlah sikit dengan hukum Allah. Kita hidup bukan menongkat langit,” tegasnya.

Kata Johan, janganlah hanya mengejar keduniaan, Rafizi sanggup melupakan saham akhirat dengan menyebar berita palsu dan kebencian.

“Ini nasihat saya sebagai sesama beragama Islam sebab ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga… tetapi sudah berpuluh kali Rafizi ‘ditangkap’ menipu dan menfitnah.

“Janganlah hanya kerana mahu kuasa, kita halalkan segala cara,” ujarnya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.