Ucapan Krismas: Apakah Iman Kita Terlalu Rapuh Soal Facebooker

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki memuat naik status di laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai pandangan yang mengatakan orang Islam tidak boleh mengucapkan hari perayaan Krismas kerana boleh menyebabkan terpesongnya akidah sehingga mengundang dosa.

 

Malah, Shamsuddin Nawawi, turut mempersoalkan adakah tahap keimanan seseorang terlalu rapuh sehingga menyebabkan akidah umat Islam terpesong selepas mengucapkan Merry Krismas atau Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

 

Tambahnya, ramai yang meletakkan hukum ‘haram’ dengan disertai pendapat ulama’ yang pelbagai terhadap pengucap tersebut sekali gus menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

 

“Adakah akidah kita begitu rapuh? Hanya dengan ucapan Merry Christmas kita boleh bertukar akidah? Soal berdosa itu saya tidak mahu ulas kerana banyak lagi dosa yang kita buat, yang besar dan yang kecil. Itu biarlah Allah SWT yang tentukan,”tulisnya.

 

Shamsudin turut menasihatkan agar netizen tidak mudah menerima sebarang pendapat yang tidak sahih.

 

“Jangan kerana kita tidak tahu kita terus terima apa yang ustaz cakap. Ada juga ustaz yang tidak pasti dia ambil mana gelaran itu. Penyanyi Hindustan pun ustaz juga. Ustaz Mohd Rafi,”katanya mengakhiri status Facebooknya.

 

Terdahulu, Ibn al-Qayyim Al-Jauziyah memfatwakan haram mengucapkan selamat natal. Beliau pernah menyampaikan fatwa itu menerusi kitabnya, ‘Ahkâm Ahl adz-Dzimmah’, bahawa pemberian ucapan “Selamat Natal” atau mengucapkan “Happy Christmas” kepada orang-orang kafir hukumnya haramAlasannya, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syi’ar-syi’ar kekufuran (penganut Kristian) terhadap perkara yang mereka lakukan.

 

Manakala, Dr Yusuf Al-Qaradawi dan beberapa ulama dunia lainnya, memberikan pandangan bahawa membolehkan ucapan itu dan hanya fatwa haram dikhususkan kepada aktiviti melakukan atau menyambut hari natal bersama.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.