372 Lagi Pendatang Asing Dihantar Pulang

SANDAKAN – Seramai 372 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke Zamboanga menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, semalam.

 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia membabitkan 370 PATI lelaki dewasa manakala dua lagi kanak-kanak lelaki dengan semuanya berusia antara enam hingga 62 tahun.

 

Beliau berkata, semua PATI terbabit adalah antara yang ditahan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu.

 

“Sejak 1 Januari lalu hingga hari ini, seramai 22,213 PATI dihantar pulang ke negara masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Katanya, seramai 3,765 PATI Filipina dihantar pulang menggunakan feri sejak 15 November lalu.

 

Beliau berkata, kira-kira 1,000 lagi PATI akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing menjelang 31 Disember ini.

 

“Sejak 1990 sehingga kini, seramai 552,154 PATI dari Sabah diusir dan pulang secara sukarela ke negara mereka,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.