Sarawak Report Fitnah Rosmah

PETALING JAYA – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor difitnah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 10 Disember lalu, sempena Perhimpunan Agung UMNO.

 

Sarawak Report telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah seolah-olah sedang mempengerusikan mesyuarat.

 

Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor menafikan laporan Sarawak Report itu dan menjelaskan gambar berkenaan diambil ketika Rosmah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab UMNO.

 

“Untuk kawan-kawan yang suka mencari kebenaran saya nak jelaskan tentang gambar tersebut.

 

“Tepat jam 4 petang 10 Disember 2015 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC, DS Rosmah telah hadir Majlis Ramah Mesra bersama Kelab UMNO,” jelasnya di Facebook.

 

Menurut Rizal, beliau sedikitpun tidak berasa hairan dan menyifatkan Sarawak Report sering berbohong dan memfitnah.

 

“Yang saya pelik kalau dia (SR) lapor berita benar,” katanya.

 

Rizal berkata, gambar itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApps dengan pelbagai tuduhan dan versi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.