Dokumen Projek Bernilai Lebih RM16juta Tanpa Tender – Chegubard

PETALING JAYA – Bekas Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa memiliki dokumen projek bernilai lebih RM16 juta tanpa tender di Selangor.

 

Beliau turut mendakwa memiliki dokumen bagi projek menaik taraf Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dianggarkan bernilai RM10 juta hanya untuk kerja-kerja mengecat.

 

Katanya, dia sedang mengemas kini peringkat akhir semua dokumen itu dan akan mendedahkan semua bukti pada Rabu ini.

 

“InsyaAllah Isnin akan finalise dokumen “projek” nilai lebih RM16j tanpa tender.. isu pintu gerbang dekat RM10j hanya untuk cat (face lift).

 

“Kalau semua dokumen diperolehi dan dapat disahkan Rabu ini akan dedah bukti semua,” tulisnya di Facebook.

 

Dalam status yang sama juga, Chegubard mengulangi dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong Istana Selangor dan menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Gelaran itu ditarik balik oleh Dewan Diraja Selangor pada Disember 2014.

 

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Selangor ke-70 pada Jumaat lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.