Bayi Lahir Dari Sperma Berusia 23 Tahun

AUSTRALIA – Seorang bayi di Australia, Xavier Powell, dilahirkan dari sperma bapanya yang dibekukan 23 tahun yang lalu.

 

Bapa Xavier, Alex, yang disahkan menghidap penyakit Hodgin’s lymphoma ketika berusia 15 tahun dinasihatkan agar segera menjalani kimoterapi.

 

Alex kemudiannya membuat keputusan untuk menyimpan dan membekukan spermanya apabila diberitahu rawatan berkenaan boleh menyebabkannya mandul.

 

Sperma yang dibekukan kebiasaannya hanya akan disimpan selama tujuh hingga 10 tahun, namun tiada kajian saintifik yang menyatakan selama mana penyimpanan patut dihadkan.

 

Alex dan isterinya, Vi, memulakan rawatan IVF pada tahun 2013, namun ia hanya berjaya setahun selepas itu dan Xavier selamat dilahirkan pada Jun lalu.

 

Xavier yang baharu sahaja berusia enam bulan itu disenarai dalam Guinness World Records, lapor CCTVNews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.