Anzalna Bakal Nikah Tahun Depan

Pelakon Anzalna Nasir umum bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya, Hanif Zaki Februari tahun depan.

 

“Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-ALLAH kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Februari depan.

 

“Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat,” katanya.

 

Menurut Anzalna, mereka akan dinikahkan pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.