Syarul Kongsi Pengalaman Kereta Terbalik, Hampir Terbakar Ketika Kemalangan

Petaling Jaya – Pelakon Syarul Rizwan memberitahu pengalaman terlibat dalam kemalangan di Sungai Ujong, Seremban pada petang Khamis lalu sebagai sesuatu kejadian paling buruk yang pernah dialaminya.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 25, berkata, dalam kejadian tersebut dia menyangka bahawa kereta jenis Honda City yang dipandu itu bakal meletup selepas berpusing beberapa kali dan terbalik.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Street Vendetta di Kuala Linggi, kemudian saya mahu pulang ke Bangi dan mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dalam kerana Lebuhraya Plus sesak teruk.

“Ketika itu hujan lebat dan saya memandu dengan perlahan kerana jalan licin, selepas terlanggar pembahagi jalan kereta saya berpusing dua kali.

“Saya sedar waktu kereta berpusing dan bila sudah terbalik, asap keluar banyak dalam kereta, saya mengucap dan buka tali pinggang keselamatan kemudian merangkak keluar kerana takut kereta meletup,” ujarnya.

Syarul berkata, dia mematikan enjin kereta beberapa saat selepas berjaya keluar dari kenderaan itu.

Sementara itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

“Alhamdulillah, saya tiada kecederaan teruk cuma ada luka di gegendang telinga sebelah kiri dan kanan. Telinga saya berdesing dan tidak boleh dengar bunyi yang terlalu kuat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!