Setiausaha Kerja Umno Dapatkan Rawatan Akibat Keletihan

Melaka – Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh mendapatkan rawatan segera di sebuah hospital swasta di sini Sabtu, dipercayai kerana tekanan darahnya tinggi akibat keletihan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Ab Rauf yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah, Alor Gajah dimasukkan ke hospital itu pada 2 petang dan dibenarkan keluar hospital empat jam kemudian setelah doktor mengesahkan keadaannya stabil.

“Begitulah kita orang Umno, kerja kuat sampai terlupa hendak rehat. Rehat itu penting, kita perlukan rehat juga,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu malam.

Sementara itu, Ab Rauf menerusi kenyataan kepada Bernama berkata beliau mendapatkan rawatan di hospital itu kerana keletihan.

“Keletihan, perlu berehat…tiada yang serius,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.