Peminat Muak!: Elfira Loy Tak Ambil Hati

BIARPUN  sesetengah orang berpendapat dunia glamor begitu indah, namun hakikatnya, bukan mudah menjadi seorang selebriti sebenarnya.

Masakan tidak, dengan kecanggihan teknologi masa kini, peminat mudah memerhatikan tindak tanduk selebriti kegemaran mereka menerusi laman sosial.

Bagaimanapun laman sosial juga membawa kesan yang positif dan negatif kepada seseorang selebriti di mana, ada ketika peminat akan memberi pujian penuh kepada seseorang selebriti itu dan tidak kurang juga yang mengutuk seseorang selebriti mereka secara terang-terangan.

Begitu jugalah yang terjadi kepada aktres kecil molek, Elfira Loy baru-baru ini.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba ada peminat memberi komen terus kepada Elfira bahawa dia sudah muak melihat aktres dan pengacara ini.

Tidak mengambil pusing dengan komen  sedemikian, Elfira yang mesra di sapa dengan panggilan El berkata, dia tidak sedikit pun mengambil hati dengan komen peminat berkenaan.

“Tak apalah kalau dia seorang saja yang dah muak. Nak komen balik atau sekat dia dari mengikuti saya pun rasa tak perlu.

Malah saya tak ada rasa kecewa atau kecil hati pun dengan komennya,” ujar Elfira menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam perkembangan lain, Elfira yang kini berada di Australia berkata, dia sedang sibuk menjalani program Mad Markets musim ketiga. Dua musim program berkenaan sebelum ini dikendalikan oleh Hanis Zalikha.

“Bagi saya tiada istilah ganti. Tapi pertukaran sahaja. Selain Mad Markets, saya baru selesai menjalani telefilem Cinta Pertama Kali bersama Aman AF, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Sharifah Shahora dan Hafeez Mikail,” katanya.

Ditanya perancangannya untuk tahun 2015, Elfira berkata, dia merancang untuk melakukan sesuatu yang baharu dalam kariernya, namun masih memikirkan pembaharuan dari sudut apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.