Paderi Gereja St Andrew Ditahan, Miliki 30 Naskah Buku Mengandungi Kalimah Allah

Muar – Seorang paderi Katolik dari Gereja St Andrew di Muar, Johor ditahan pada 5 Disember lalu, kerana memiliki 30 nashkah buku-buku lagu yang mengandungi kalimah Allah.

Difahamkan, Father Cyril Mannayagam, 44, ditahan dua anggota polis di sebuah kedai fotostat di Tangkak, ketika membuat salinan untuk buku “Kepujian Kepada Tuhan Allah”.

Difahamkan, seseorang di kedai fotostat itu telah memaklumkan pihak polis berhubung buku itu.

Cyril yang sudah lima tahun menjadi paderi berkata, peguamnya tiba di balai polis dan memaklumkan dia adalah seorang paderi, sebelum meminta mereka menyelesaikan perkara itu dengan segera, bagi mengelakkan ia menjadi isu besar.

Polis kemudiannya membebaskan Cyril.

Namun, buku-buku itu tidak dikembalikan kepadanya, kerana menurut polis, mereka masih menunggu arahan lanjut, sebelum boleh membuat sebarang keputusan berhubung buku-buku yang dirampas itu.

Cyril menjelaskan, dia akan mengambil tindakan mahkamah, jika buku-buku itu tidak dipulangkan, kerana dia memerlukan buku-buku itu untuk upacara keagamaan bagi ahli kariah Orang Asli menjelang sambutan Krismas nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.