Nelayan Dilaporkan Hilang, Mayat Ditemui APMM Dalam Keadaan Terapung

Kudat – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kawasan perairan Narutong Malawali, dekat sini, Khamis lalu, ditemui, petang semalam.

Mayat Fajir Rojar, 24, ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam keadaan terapung pada 3.16 petang di kawasan perairan itu, iaitu kira-kira 2.5 batu nautika dari sini.

Pegawai Operasi APMM Kudat, Leftenan Maritim Rody Anak Bejei, berkata dengan penemuan itu, operasi mencari mangsa yang turut disertai Jabatan Pertahanan Awam Kota Marudu ditamatkan pada 6.30 petang, semalam. Mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot nelayan yang dinaiki bersama 10 awak-awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.