Muzikal Anak Dunia Khas Hari Natal Tampilkan 6 Selebriti Cilik

Petaling Jaya – Seramai enam orang artis cilik bakal menjayakan program Muzikal Anak Dunia Khas Hari Natal yang akan bersiaran pada 26 Disember ini, pukul 4 petang di TV2.

Enam selebriti cilik dengan pelbagai bakat itu terdiri daripada Aqeesh Aleeya, Jesslyn Ng, Sheikh Baseer, Janelle, Flava Skoutz, Tharrani dan Hazury.

Penerbit Unit Majalah dan Dokumentari RTM, Farah Syahnaz berkata,  rancangan muzikal kanak-kanak ini memilih tema persahabatan dengan menggabungkan dua elemen persembahan iaitu nyanyian dan tarian akan bersiaran selama sejam.

“Apa yang menarik ialah ia menyelitkan suatu pengisian berbeza iaitu pengertian persahabatan disampaikan dengan santai melalui garapan persembahan nyanyian dan tarian selain menonjolkan bakat kanak-kanak dari pelbagai kaum yang ada di Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, kumpulan lawak terkenal Saywho yang dianggotai oleh Eko, Bocil dan Vicha turut tampil dalam satu segmen bagi memeriahkan lagi suasana.

Rancangan ini dihoskan oleh Nadia Hasnan bersama dua hos baharu iaitu Aryan Farhan dan Syasya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.