Lebih Tenang Terlibat ‘Mimbar Pencetus Ummah’ – Fauziah Nawi

Petaling Jaya – Pelakon Fauziah Nawi memberitahu hatinya lebih tenang apabila terlibat dengan program keagamaan iaitu Mimbar Pencetus Ummah musim kedua yang bersiaran setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis.

Fauziah berkata, program tersebut berbeza dengan program hiburan yang biasa disertai kerana dia lebih banyak belajar tentang agama islam.

“Program ini membuatkan hati saya cukup tenang dan secara tidak langsung saya dapat belajar tentang agama melalui apa yang peserta sampaikan.

“Saya menganggap ia adalah jalan yang ditentukan Allah supaya saya terlibat dalam program keagamaan ini pada usia yang sudah sebegini,” ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah Nawi bertindak sebagai Murabbi (fasilitator/juri) bersama Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Tambahnya, perasaan yang dirasakan apabila seseorang peserta terkeluar pada sesebuah episod berbeza dengan progran realiti lain.

“Biasanya saya akan rasa sedih dan menangis apabila ada peserta yang kita anggap boleh pergi jauh terkeluar awal, namun program ini berbeza.

“Semua peserta tidak mahu saya rasa sedih kerana sudah memberitahu bahawa mereka reda jika terkeluar pada episod itu,” ujarnya.

Program realiti Mimbar Pencetus Ummah musim kedua bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.