Kieran Tinggalkan Hot FM, Tumpukan Pada Perniagaan ‘Chicken Chop’

Kuala Selangor – Selepas enam tahun bersama radio Hot FM, penyampai radio Kieran memilih untuk tidak menyambung kontrak. Tanggal 12 Disember (Jumaat) merupakan hari terakhir beliau bersiaran di stesen radio berkenaan.

“Saya tak merancang apa apa lagi selepas ini. Saya terbuka kepada apa saja tawaran mendatang.

“Pada masa yang sama, perniagaan sejuk beku di bawah nama Kieransfoodproducts yang diusahakan sejak dua bulan lalu akan terus saya tumpukan.

“Saya juga berminat untuk berjinak jinak dengan kerjaya pengacaraan mahupun sebagai pengulas dalam bidang sukan… jika ada tawaran,” katanya.

Mengenai perniagaan sejuk beku, Kieran berkata beliau menjual makanan ‘lamb chop’ dan ‘chicken chop’ di sekitar KL dan Selangor.

 

sumber: Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.