Kerana Cantik, Monica Dianggap Bodoh

Akters berasal daripada Itali, Monica Bellucci kesal kerana wajah cantiknya itu membuatkan orang ramai beranggapan dia sebagai seorang gadis yang bodoh.

Jelasnya, ia adalah salah satu cabaran dalam industri untuk membuktikan dia mempunyai bakat dan tidak hanya bergantung kepada kecantikan semata-mata.

“Saya sedar kecantikan mengundang rasa kurang senang dan cemburu wanita lain, kerana kecantikan yang saya miliki ini ramai yang beranggapan bahawa saya seorang yang tiada otak.

“Cabaran utama saya ialah untuk membuktikan pada masyarakat saya tidak bodoh dan mempunyai bakat tersendiri untuk berada dalam industri ini,” ujarnya.

Disebabkan perkara itu juga, wanita berusia 50 tahun itu memberitahu sentiasa menapis setiap tawaran yang datang tanpa menerimanya secara membuta tuli.

Katanya, dia hanya menerima tawaran filem yang mempunyai pengajaran dan diperbincangakan oleh masyarakat sahaja berbanding filem biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.