Facebook Mahu Tambah Ikon ‘Dislikes’

California – Facebook sedang berkira-kira untuk menambah satu lagi butang ‘Dislikes’ pada laman sosial berkenaan, menurut pengasas Mark Zuckerberg yang dipetik daripada protal berita BBC.

Bercakap dalam satu sesi soal jawab di California beberapa hari lepas, beliau berkata ia adalah salah satu ciri yang paling diminta oleh pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Beliau berkata laman web itu akan perlu mencari cara bagi memastikan ciri terbaru itu, jika direalisasikan tidak menjadi satu platform untuk merendah-rendahkan pengguna lain.

Menurut angka Facebook itu sendiri, sebanyak 4.5 juta ‘Likes’ telah dihasilkan dalam sehari.

“Salah satu perkara yang kita telah fikirkan dalam satu tempoh masa yang panjang adalah apakah cara yang betul untuk membolehkan pengguna dengan mudah memberikan ekspresi dalam satu julat yang besar daripada emosi,” kata Mark kepada penonton ketika sesi yang berlangsung di ibu pejabat Facebook itu.

“Banyak pengguna yang berkongsi perkara menyedihkan dalam Facebook mereka. Selalunya orang memberitahu kita bahawa mereka tidak berasa selesa menekan ‘Likes’ kerana ‘Likes’ bukan sentimen yang sesuai.

“Sesetengah pengguna telah meminta butang ‘Dislikes’ kerana mereka mahu berkata, ‘Hal itu tidak baik,’ atau itu bukan sesuatu yang kita fikir adalah baik untuk dunia.

Sementara itu butang ‘Likes’ pada Facebook telah dikritik kerana ia bertindak sebagai metod rangkaian sosial mengumpul data mengenai tabiat pelayaran penggunanya.

Sistem ini juga telah dikritik kerana ramai yang memalsukan ‘Likes’ untuk menunjukkan populariti sesuatu jenama atau penipuan perkembangan sesuatu kandungan.

Jadi, adakah Facebook akan meneruskan usaha berkenaan dalam tempoh masa terdekat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.