Dua Parah Disamun Warga Afrika Dalam Bilik Hotel

Kuala Lumpur – Dua lelaki, termasuk seorang warga Hong Kong cedera parah di sebuah hotel, di Jalan Tun Razak semalam, dipercayai disamun dua warga Afrika.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP A. Asmadi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9 malam yang melaporkan penemuan mangsa dalam sebuah bilik di hotel itu.

“Kedua-dua mangsa yang berumur 34 dan 40 tahun itu dipercayai menggunakan bilik berkenaan untuk menjalankan urusan perniagaan, sebelum mereka disamun dan dicederakan kedua-dua suspek yang kemudiannya melarikan diri.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberikan rawatan dan keadaan mereka masih tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai ditetak dengan parang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.