DAP Kritik Hudud Sebagai Pembukaan Persidangan Tahunan, Wakil Kanan PAS Tidak Kelihatan

Kuala Lumpur – DAP  membuka persidangan tahunannya dengan nada mengkritik usaha untuk memperkenal undang-undang berasaskan agama di negara ini, ketika tiada wakil kanan PAS hadir dalam acara itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.

Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin Ali, yang juga menteri besar Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.