2 Lelaki Dipercayai Lemas Di Pantai Tanjung Balau Masih Belum Ditemui

Kota Tinggi – Dua lelaki hilang, dipercayai lemas, manakala seorang lagi terselamat dalam kejadian di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, dekat Johor Baharu, malam tadi.

Jurucakap bomba dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhamad Marwan Mazlan dan Muhammad Firdaus Mohd Salleh, kedua-duanya berusia 24 tahun.

“Manakala mangsa yang terselamat, Shafiq Sabirin, 24, telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di Johor Baharu hari ini.

Ketiga-tiga mangsa berasal dari Johor Baharu.

Jurucakap itu berkata seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 8.07 malam.

Sehingga malam tadi operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan, kata beliau. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.