12 Pekerja Mati Ditembak Taliban

Kabul – Sekurang-kurangnya 12 pekerja membuang periuk api, ditembak mati kumpulan Taliban di selatan Afghanistan, pada Sabtu.

Menurut jurucakap polis, Farid Ahmad Obaid, serangan yang menyasarkan operasi membersihkan periuk api di selatan wilayah Helmand, antara daerah Nadali dan Washir itu, turut menyebabkan 12 yang lain cedera.

Obaid mengenal pasti syarikat yang mengendalikan projek itu sebagai Star Link.

Pengurus Star Link, Mohammad Din berkata, seramai 81 pekerja berada di tempat kejadian, ketika kumpulan penembak itu tiba.

Tentera Afghanistan kemudiannya memulakan serangan balas dengan penyerang Taliban, menyebabkan empat penyerang maut dan tiga lagi ditahan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan Mahkamah Agung terbunuh, apabila seorang pengebom berani mati menyerang sebuah bas yang membawa tentera Afghanistan di ibu negara Kabul, pada Sabtu.

Manakala Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memaklumkan, dua anggota tenteranya maut dalam satu serangan berhampiran pangkalan utama antarabangsa di utara Kabul.

Kawalan keselamatan di sekitar Kabul dipertingkatkan, selepas Taliban memberi amaran akan terus melancarkan serangan, ketika kebanyakan tentera asing bersedia berundur dari negara itu, menjelang akhir bulan ini, 13 tahun selepas serangan pengganas pada 11 September 2001 yang mengakibatkan pencerobohan di Afghanistan yang diketuai Washington.

Kadar keganasan di Afghanistan meningkat secara mendadak, sejak Ashraf Ghani dilantik sebagai Presiden, September lalu.

Kebanyakan serangan tertumpu di Kabul dan menyasarkan kerajaan, anggota tentera serta pegawai asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!