Perancis sekat hajat Malaysia ke final hoki Piala Dunia

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Skuad hoki remaja Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang apabila tewas 1-3 kepada Perancis dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan separuh akhir Hoki Remaja Piala Dunia 2013 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand di New Delhi, India.

Penalti itu dilakukan setelah Malaysia dan Perancis terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Skuad negara bermula amat baik apabila memperoleh gol seawal minit keempat menerusi jaringan padang Azri Hassan.

Namun skuad muda negara tidak dapat mengekalkan momentum apabila sering diasak pemain Perancis, yang memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan gol padang Jean-Laurent Kieffer pada minit ke-63.

Jaringan penalti Perancis dihasilkan oleh Simon Martin Brisac, Gaspard Baumgarten dan Hugo Genestet yang menewaskan penjaga gawang Malaysia Hazrul Sobri.

Malaysia menjaringkan gol menerusi Faiz Helmi Jali. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.