PH Kata Mahu Pejuangkan Rakyat, Ironinya Inisiatif Bantuan Dikurangkan- Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan Belanjawan 2019 yang disifatkannya menumpukan pengurangan bantuan kepada rakyat.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, inisiatif kepada rakyat sepatutnya menjadi keutamaan dan ditingkat seperti mana janji-janji untuk membela khususnya yang kurang berkemampuan sebelum ini.

“Walaupun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, lantang sungguh kata mereka mahu mengurangkan kos sara hidup, dengan hanya berbekalkan RM50 mampu memenuhkan troli ketika berbelanja.

“Mengapa kini semuanya tidak boleh? Sepatutnya dengan mengambil kira keadaan dan situasi kini, semua bentuk bantuan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah ini ditingkatkan bukan dikurangkan atau dihapuskan terus.

“Contohnya para nelayan. Kata mereka hanya dapat turun ke laut tujuh kali dalam tempoh sebulan kerana keadaan laut yang bergelora. Kata mereka, mereka bukan malas.

“Malah ada yang bertanya mengapa minta mereka menanam nenas, rambutan di belakang rumah (untuk) sara kehidupan? Hakikatnya mereka amat memerlukan bantuan daripada kerajaan sebenarnya,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2019 yang dibentangkan 2 November lalu memperuntukkan RM314.5 bilion berbanding RM290.4 bilion pada Bajet 2018.

Najib dalam masa yang sama mempertikaikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang menggunakan isu skandal 1MDB sebagai modal politik secara konsisten.-SuaraTv

One thought on “PH Kata Mahu Pejuangkan Rakyat, Ironinya Inisiatif Bantuan Dikurangkan- Najib

  • November 14, 2018 at 9:07 pm
    Permalink

    Hbs semua harta negara kau kebas?? Nk bgi apa?? Muka tk malu weh?? Mual muntah tgk muka dia ni???? Tnggu je hukuman ya sabar lah ok…!! Duk diam tk layak komen??
    Kami tk mahu kau??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.