Majlis Syura Jamin Paling Depan Dalam Demo Bantah ICERD

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulamak memberi jaminan akan menjadi barisan paling hadapan dalam demonstrasi yang bakal dianjurkan Pas demi menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kata Setiausaha majlis itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata ianya sebagai simbolik sokongankepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam bahawa PAS akan menggerakkan rakyat untuk memenuhi jalan raya.

“Saya ingin menambah kali ini kalau benar-benar perkara ini tidak ditangani dengan serius, Majlis Syura Ulamak yang menjadi badan yang paling tinggi dalam parti PAS yang tidak pernah campur tangan dalam demonstrasi dan seumpamanya, kali ini akan berada di saf hadapan.

“Bukan kita nak mengugut sesiapa, tapi kita mahu memastikan negara kita berada dalam keadaan aman, berada dalam keadaan baik sebab negara kita masa depan kita untuk menjadi negara maju serta menjaga kestabilan negara,” kata Ahli Parlimen Pasir Puteh itu lagi.

Menurut beliau, isu ICERD perlu dilihat secara terbuka dan badan antarabangsa sepatutnya melabelkan ICERD kepada negara Israel.

“Sepatutnya ICERD dilabelkan kepada negara Israel yang membunuh manusia siang, malam, pagi dan petang. Labelkan ICERD ini kepada kerajaan Myanmar hatta kerajaan di China. Di sebelah Afrika yang membakar bakar manusia di dalam bandar kerana perbezaan agama,” ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.