Isteri Bekas PM Akan Didakwa Esok

PUTRAJAYA – Selepas hampir tiga jam, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya selesai memberikan keterangannya di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, di sini, hari ini.

Rosmah menaiki kenderaan Proton Perdana hitam meninggalkan pejabat SPRM kira-kira jam 2.30 petang.

Peguam yang turut sama menemani Rosmah, K Kumaraendran berkata, anak guamnya itu akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk menghadapi pertuduhan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai butiran soal siasat dan pertuduhan yang bakal dihadapi Rosmah esok.

“Beliau akan hadir ke mahkamah jam tiga petang esok untuk pendakwaan,” katanya. – SINAR HARIAN

4 thoughts on “Isteri Bekas PM Akan Didakwa Esok

  • November 14, 2018 at 9:12 pm
    Permalink

    Kami doa smga salah jatuh hukuman seberat2nya?? Ribu juta dlm rumah..byr jamin pun juta2..mana datang duit?? Duit kumpul ke?? Salah tetap dakwa hukum?? Perosak…

    Reply
  • November 14, 2018 at 9:13 pm
    Permalink

    Mudah2an kejahatan terbukti dan di dakwa ?? Cpt2 jatuh hukum seberat2nya..??

    Reply
  • November 14, 2018 at 9:15 pm
    Permalink

    Ramai lagi kuncu2 kroni2 senarai menanti?? Ada ramai lorr?? Satu satu skandal timbul tunggu je?? Nfc felda felcra 1mdb byknya????

    Reply
  • November 14, 2018 at 9:40 pm
    Permalink

    Tahniah sprm!!! Jalan tugas dgn jujur ikhlas wibawa tnpa kira sapa2..!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.