Isa Samad Dimasukkan Ke IJN

SEREMBAN – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara, kelmarin.

Isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid memberitahu, suaminya masih berada di IJN dan keadaannya baik.

Beliau berkata, Mohd. Isa dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun.

“Ramai yang menghubungi saya bertanyakan keadaan beliau dan saya beritahu jangan khuatir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gambar bekas Naib Presiden UMNO itu yang sedang mendapatkan rawatan tular dalam aplikasi WhatsApp ketika ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol itu merupakan salah seorang daripada tujuh calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.