Tiada Satu Pun Melayu Dalam CEC Baru Parti ‘Berbilang Bangsa’ DAP

Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menampilkan dua muka baru dalam 20 anggota tertinggi jawatankuasa disamping mengekalkan pasangan anak-beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam carta pengundi terbanyak.

Dengan kehadiran cuma 54 peratus (1,356) sahaja perwakilan daripada jumlah keseluruhan 2.514 orang, Kit Siang mendapat undi terbanyak dengan 1,199 undi, diikuti Gobind Singh Deo dengan 1,198 undi dan Guan Eng dikedudukan ketiga dengan jumlah 1,180 undi.

Dua muka baru dipilih menyertai senarai 20 anggota CEC adalah bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang masing-masing di kedudukan ke 17 dan 20 dengan 688 dan 586 undi.

Sebagai sebuah parti yang menggambarkan diri mereka sebagai parti berbilang bangsa, CEC DAP langsung tidak menampakkan seorangpun wakil dari masyarakat Melayu di tampuk kepimpinan CEC parti, kata penganalisis politik, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Mohamed Haniff.

“Hanya dua India dan satu Punjabi dipilih tetapi tidak seorang pun Melayu tersenarai Top 20 – sekali lagi, tetapi bekas Pengerusi DAP Pajang Tengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji dilantik sebagai Naib Pengerusi. Beliaulah satu-satunya Melayu dalam barisan CEC.

“Chritopher Ross Lim, lelaki Cina yang bertopengkan Melayu dengan nama Zairil Khir Johari, mendapat tempat No.19. Beliau dilahirkan sebagai Cina dan akan kekal sebagai Cina,” kata Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

Katanya, malah mendiang Karpal Singh yang telah meninggal dunia mendapat 43 undi, lebih banyak daripada calon-calon Melayu yang bertanding mendapat tempat dalam CEC DAP.

Berikut merupakan keputusan 20 anggota baru CEC DAP yang diundi perwakilan, semalam:

1. Lim Kit Siang (1,199 undi)

2. Gobind Singh Deo (1,198 undi)

3. Lim Guan Eng (1,180 undi)

4. Anthony Loke Siew Fook (1,175 undi)

5. Liew Chin Tong (1,123 undi)

6. Teo Nie Ching(1,080 undi)

7. Chong Chieng Jen (1,057 undi)

8. Teresa Kok (1,033 undi)

9. Tan Kok Wai (1,021 undi)

10. Tony Pua (1,020 undi)

11. Nga Kor Ming (967 undi)

12. Fong Kui Lun (949 undi)

13. Chow Kon Yeow (900 undi)

14. M. Kulasegaran (826 undi)

15. Chong Eng (734 undi)

16. Teng Chang Khim (702 undi)

17. Ronnie Liew (688 undi)

18. Ngeh Koo Ham (659 undi)

19. Zairil Khir Johari (649 undi)

20. V Sivakumar (586 undi)

Barisan 20 individu yang dilantik perwakilan DAP kata Abdul Rahmat, jelas menunjukkan parti berkenaan kini sudah rosak sehingga ke akarnya dengan menyenaraikan individu yang terlibat dengan jenayah sebagai pemimpin parti disamping menyingkirkan wakil terbersihnya.

“Walaupun sudah menjadi dinasaur dan meneraju DAP menerusi U-turn terbesarnya dengan bekerjasama bersama musuh ketatnya Mahathir Mohamad, Kit Siang tampil unggul dengan jumlah undi tertinggi. ANaknya, Guan Eng, walaupun didakwa dengan dua tuduhan rasuah, tampil dikedudukan ketiga dan kembali sebagai Setiasuaha Agung parti.

“Kembali (menyertai CEC) selepas hilang selama satu penggal, Ronnie Liu dari Selangor yang terkenal dengan cubaan menghalang pihak berkuasa menyerbu pusat judi Selangor sebelum DAP berkuasa. Orang yang disingkirkan termasuk individu yang merupakan simbol ketelusan, bersederhana dan bebas rasuah DAP – Tan Seng Giaw,” ujarnya.

Justeru Abdul Rahmat merumuskan bahawa DAP telah “reput hingga ke akar”. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.