Putera Bongsu Presiden Zimbabwe Pamer Kekayaan Sedangkan Rakyatnya Hidup Miskin

Ekonomi negara yang teruk ternyata tidak membuatkan putera bongsu Presiden Zimbabwe Robert Mugabe daripada berhenti berfoya-foya.

Sebuah rakaman video memperlihatkan aksi putera bongsu presiden iaitu Chatunga Bellarmine Mugabe, 21, dan abangnya Robert Mugabe Jr. , 25, sedang berjoli telah tersebar.

Pada awal video itu, ia memperlihatkan Robert Jr sedang merangkul seorang gadis dalam satu pesta di sebuah kelab di Sandton, Afrika Selatan, iaitu tempat di mana dia dan adiknya.

Kemudian kamera itu berpaling kepada Chatunga bersama rakannya. Dia dirakam sedang memegang satu botol wain berharga RM1,098.

Chatunga kemudian menuangkan minuman mahal itu ke jam tangannya yang tidak kurang mewah dan dipercayai bernilai RM247,252.

Kedua-dua anak lelaki Mugabe secara terbuka memaparkan kekayaan mereka sedangkan 75 peratus daripada 17 juta penduduk Zimbabwe hidup di bawah garis kemiskinan.

Chatunga bahkan melalui media sosial berkata, dia boleh membeli jam tangan yang dihiasi berlian itu kerana  ayahnya  “menguruskan negara”.

“Jam bernilai RM247,252 berada di tangan jika ayahmu mengendalikan seluruh negara,” ujar Chatunga dalam akaun media sosialnya.

Anak-anak Mugabe sebelumnya ini menjadi bualan netizen apabila ibu mereka, Grace Mugabe dituduh menyerang seorang perempuan yang ditemui bersama kedua-dua pemuda itu di sebuah hotel di Johannesburg.

Perempuan berkenaan, Gabriella Engels, mendakwa pengawal peribadi Grace hanya mendiamkan diri ketika wanita berkenaan menyerangnya.

Bagaimanapun, Grace yang 41 tahun lebih muda daripada suaminya, tidak dikaitkan dengan undang-undang kerana ia mempunyai imuniti diplomatik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.