Polis Siasat Kes Gaduh Kasut Adidas

KUALA LUMPUR – Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang bertindak menumbuk dan mencederakan seorang lelaki dalam kes pergaduhan di butik Adidas Original di pusat beli belah Suria KLCC, Sabtu lalu.

Memetik laporan Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata pihaknya sudah meneliti rakaman video yang tular di media sosial.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan.

Dalam insiden tersebut, seorang pemuda berusia berusia 22 tahun ditumbuk suspek selepas berlaku salah faham memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad yang dikatakan berharga berharga RM1,150 sepasang.

Berita Berkaitan;-
“Kerana Kasut Adidas, Rakyat Malaysia Sanggup Bertumbuk”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.