Pelajar Sekolah Dibunuh Gara-Gara Mahu Tangguh Peperiksaan

Ryan International School,New Delhi India adalah sebuah sekolah yang popular dan di penuhi dengan ramai pelajar yang berbakat.

Namun pelajar,ibu bapa dan juga guru sekolah ini di hantui satu tragedi yang tidak akan dapat di lupakan sampai bila-bila apabila berlakunya satu kes bunuh pelajar 7 tahun mereka di sekolah mereka iaitu Pradyuman Thakur.

Thakur yang berumur 7 tahun di katakan di bunuh oleh seniornya sendiri yang berusia 16 tahun di tandas sekolah.

 

 

Mangsa di katakan di jumpai dalam keadaan lehernya berdarah teruk kerana di kelar.

Ibu mangsa di lihat sangat lemah dan pengsan bila mendengar khabar ini dan dia cuba di tenangkan oleh ahli keluarga.

 

 

Kes ini mendapat liputan meluas di India dan ramai penduduk di sana turun padang untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

Kes ini menjadi rumit kerana suspek di katakan seorang pelajar yang pandai bermain piano namun lemah dalam pelajar. Dia di katakan sudah beberapa kali ponteng kelas dan berada di bilik muzik. Suspek yang juga anak kepada seorang peguam di katakan cuba untuk membunuh mana-mana pelajar yang di jumpai di tandas sekolah dengan harapan peperiksaan pada hari itu di tunda.

Namun mangsa tidak semena-mena menjadi sasaran setelah pergi ke tandas di hujung koridor. Pada hari itu,ayahnya menghantarnya bersama kakaknya di tahun 5 untuk ke sekolah seperti biasa. Setelah menyatakan Bye Bye kepada kakaknya, mangsa di katakan pergi ke tandas. Di situlah suspek menunggu dan malang bagi mangsa, dia pula menghala ke tandas itu.

Perancangan itu berjaya apabila selepas mengelar leher mangsa, suspek memaklumkan kepada pekerja sekolah dengan alasan ada pelajar cedera. Dia pun masuk ke kelas seperti biasa walaupun sudah 5 minit peperiksaan berlalu dalam kelas. Di sebabkan ada seorang pelajar sedang cedera teruk dan disahkan meninggal hingga perlu datangnya sekumpulan polis, maka peperiksaan hari itu di tunda.Ya,rancangan suspek suskes dengan jayanya.

Pada awalnya, seorang pemandu bas iaitu Ashok Kumar di tahan kerana dia di katakan menjadi suspek pembunuhan itu namun ayah mangsa minta untuk siasatan lebih lanjut di lakukan kerana tidak yakin itulah pembunuhnya.

 

 

Dengan banyak siasatan dan di ambil kira dari sudut CCTV, senjata dan lain-lain, akhirnya suspek berusia 16 tahun itu berjaya di tahan.

 

 

Kes ini masih dalam siasatan dan ramai penduduk India berharap agar suspek menerima balasan yang setimpal.

“Kalau tak nak exam, tak yah datanglah sekolah……buat apa sampai bunuh anak orang.. “

“Kejam giler budak ni..sampai bila2 pasni tak yah ambik exam..duk dalam lokap je..”

“Mangsa kiranya ada dekat tempat wrong time wrong place..sapa2 je boleh jadi mangsa..sian..RIP”

“Mak mana tak lembik bila tahu anak umur mcm darjah 1 pi sekolah elokj2 kedian balik jadi mayat..sedihnya…”

“Zalimnya budak ni..baru 16 tahun..apak kau peguam kau..pandai2lah bapak kau cara kawan2 peguam dia nak sokong kau..”

“Budak ini ada darah haiwan dalam darah dia barangkali..sampai membunuh dengan alasan paling tak boleh terima dek akal..”

“pesal kau tutup muka kau tu syaitoonn..sebab kau anak peguam?????”

“Kalau budak ni jumpa tepi jalan..biar ramai2 pakat belasah..orang India kalau bab belasah org zalim macam ni mmg dasyat…”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.