Rafizi Hilang Kelayakan Bertanding PRU14

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hilang kelayakan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi dan dihukum penjara 18 bulan.

Utusan melaporkan, Peguam Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa terdekat dan rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan belum diputuskan maka tertuduh tidak boleh bertanding dalam PRU-14.

 
Bagaimanapun, Gobind berkata, kedudukan Rafizi sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas sehingga proses rayuan selesai di Mahkamah Rayuan.

 
“Sekiranya, Parlimen dibubarkan esok (atau masa terdekat) dan hendak bertanding sebagai calon, maka dalam undang-undang seseorang yang telah disabitkan dan dihukum RM2,000 atau penjara lebih setahun, dia tidak boleh menjadi calon,” kata peguam itu.

 
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

 
Rafizi, 39, sebentar tadi dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.