Penganggur Didakwa Bunuh Penjaga Tokong

PORT DICKSON – Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh penjaga tokong, Ogos lalu.

 

 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, K Parameswaran, 44, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan MajistretSiti Khairiah Abdul Razak.

 

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Tan Kok Lim, 73, di Tokong Cina Chin Kong Toh, Jalan Lama Pekan Port Dickson di sini, antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari pada 12 Ogos lalu.

 

 

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

 

 

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ashwini Apalasamy manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

Siti Khairiah menetapkan sebutan semula pada 14 Disember.-Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.