Isteri Guna Parang Paksa Suami Pulang

BANGKOK – Seorang isteri cuba memukul suaminya dengan parang selepas didakwa tidak pulang ke rumah kerana menghabiskan masa sepanjang malam, minum arak.

 

 

Agensi melaporkan, rakaman video yang dimuat naik dan viral di Internet menunjukkan wanita itu keluar dari keretanya dengan mengacukan parang pada lelaki itu. Wanita itu memarahi suaminya dan menyuruhnya menaiki kereta untuk pulang.

 

 

Selepas itu dia cuba memukulnya apabila mendapati lelaki berkenaan cuba mencari alasan untuk tidak menaiki kereta.

 

 

Terdahulu, wanita itu memandu sekeliling bandar untuk mencari suaminya dan apabila melihat suaminya makan di sebuah gerai, dia memberhentikan keretanya.

 

 

Kejadian itu mengejutkan orang yang berada di tempat kejadian.

 

 

Berdasarkan kata-kata wanita itu yang didengar dalam rakaman berkenaan, suaminya tidak pulang ke rumah kerana berparti dan minum arak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.