Tesis Ciplak : Universiti Vienna Nafi Kenyataan Idris Jusuh

Kuala Lumpur – Universiti Vienna, Austria hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Senat Universiti itu telah dimaklumkan mengenai isu ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Menurut wakil Biro Studienpraeses Universiti Viena, Profesor Dr Peter A. Lieberzeit pihaknya tidak pernah menerima sebarang makluman atau diminta melakukan sebarang siasatan berhubung isu plagiat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Lieberzeit dalam satu kenyataan berkata, Biro Studienprases adalah merupakan satu-satunya badan yang bertangungjawab dan diiktiraf oleh pihak universiti untuk mengendalikan kes seumpama itu.

“Sebagai sebuah universiti yang mempunyai reputasi kualiti yang terbaik dalam bidang sains dan pembelajaran selama hampir 650 tahun.

“Pihak kami sangat berminat untuk meneliti dan menyiasat perkara tersebut” menurutnya melalui email yang dihantar kepada salah seorang kakitangan akademi UMK pagi tadi.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh semalam berkata UMK telahpun memaklumkan kepada pihak Universiti Vienna dan tidak timbul sebarang isu plagiat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“UMK telah berhubung dengan universiti dimana pensyarah itu belajar dan universiti tersebut tidak mempunyai masalah untuk mengiktiraf (kajian tesis tersebut).

“Universiti (Viena) faham apa yang berlaku (dan) perkara itu bukan plagiat dan bukan kita untuk menentukan, orang ramai tidak boleh menghukum beliau” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ semalam.

Menurutnya universiti tersebut merupakan tempat pengajian yang berprestij dan hasil penilaian mereka tesis tersebut layak untuk diberikan akreditasi.

Sementara itu menurut seorang lagi wakil Biro Studienprases Universiti Viena, Roswitha Esberger pihaknya akan meneliti dan menyiasat laporan tersebut dibawah peruntukkan Undang-undang Awam Austria, Isu Pentadbiran.

Menurut Roswitha, pihaknya akan merujuk tesis tersebut dan semua bukti-bukti yang diberikan.

“Ahli akademik yang terlibat akan dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang dibangkitkan.

“Sebaik sahaja semua maklumat tersebut diperolehi (tesis, bukti dakwaan plagiat dan kenyataan tertuduh) pihak kami akan menghantar semua laporan tersebut kepada pihak penilai luar untuk memberikan pandangan” jelasnya melalui email yang dihantar pagi tadi.

UMK sebelum ini memaklumkan, telah menyerahkan semua laporan kepada Universiti Viena berhubung dakwaan ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Abu Hassan.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros,  pihaknya telahpun memaklumkan dan menyerahkan semua laporan berhubung kes ini.

“Saya telah hantar semua laporan berkaitan isu ini ke Universiti Viena dan mereka akan datang ke UMK pada 16 dan 17 November ini untuk memaklumkan hasil siasatan telah yang dijalankan.

“Saya akan jemput semua media dan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan” katanya yang dihubungi SuaraTV malam tadi.

Menurut Raduan lagi isu plagiat ini hanya boleh diputuskan oleh universiti yang terlibat dan pihaknya tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk mempertikai atau menarik kembali ijazah kedoktoran yang telah dikeluarkan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

 

Baca: Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris JusohK

 

Baca: Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

 

Baca: Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

 

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

 

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

 

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

 

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.