Peminat Teruja Jumpa Beckham Di Pavilion

Kuala Lumpur – Pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham berada di pusat membeli belah terkenal Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

Astro AWANI difahamkan suami kepada Victoria Beckham itu berada di sini untuk menghadiri pelancaran Haig Club Whisky di gedung jam mewah terkenal dunia, Breitling bersama pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Terdahulu, jenama tersebut memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan Beckham bersama Jimmy menyiapkan bungkusan jenama terkenal dunia itu untuk dihantar ke Malaysia.

Pengunjung di sekitar pusat membeli-belah Pavilion ternyata teruja dan menggunakan akaun media sosial masing-masing meluahkan perasaan gembira mereka melalui laman Twitter dan Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.