MAS Sahkan Pecat Pramugara Terlibat Gangguan Seksual

Kuala Lumpur – Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan menamatkan perkhidmatan seorang pramugara yang berada dalam tahanan di Paris sejak Ogos atas tuduhan serangan seksual sebagaimana didakwa seorang penumpang.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, syarikat penerbangan negara itu bagaimanapun berkata, ia tidak sepatutnya membincangkan perkara tersebut memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasakehakiman Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

“MAS tidak berhak memberi komen mengenai perkara itu kerana pada masa ini ia di bawah bidang kuasakehakiman pihak berkuasa dan kamimengesahkan individu itu bukan lagi ‎pekerja syarikat,” kata kenyataan itu.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan kakitangan itu, yang berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun, dimaklumkan penamatan perkhidmatan beliau dalam surat yang dihantar ke rumahnya di Lembah Klang dua minggu selepas kejadian dikatakan itu.
Presiden Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) Ismail Nasaruddin memberitahu surat penamatan perkhidmatan beliau dihantar ke rumahnya di saat pramugara itu menderita dalam tahanan di luar negara.

Ismail berkata, MAS memberikan pramugara itu 60 hari untuk membuat rayuan terhadap penamatan perkhidmatan di atas alasan “salah laku” namun menegaskan kakitangan berkenaan tidak berpeluang membuat rayuan kerana dia tidak tahu sudah dipecat.‎

Kesatuan merujuk perkara itu kepada ‎JPP bagi menariknya semula keputusan terhadap pekerja yang berusia 57 tahun itu.

Pramugara itu ditahan pada 7 Ogos selepas seorang penumpang Australia Laura Bushney, 26, mendakwa beliau diserang secara seksual sebanyak dua kali semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.

Menurut Bushney, kejadian pertama berlaku dalam pesawat sebelum ia berlepas.

Insiden kedua berlaku tiga setengah jam kemudian semasa pesawat terbang melalui Teluk Bengal, India, di ruang udara antarabangsa.

Penumpang berkenaan menyatakan perasaan gemuruh kepadanya apabila melalui Lautan Hindi berikutan kehilangan penerbangan MH370 dan kejadian MH17.

Penumpang itu dilaporkan membuat laporan polis apabila tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada 5 Ogos.

Ismail mendakwa MAS menarik diri daripada kes itu, dan tidak memberikan apa-apa bantuan kepada keluarga pramugara berkenaan, hanya kedutaan Malaysia di Paris banyak membantu dia dan keluarga untuk berhadapan dengan segala-galanya.

Ismail berkata, MAS mahu lepas tangan daripada insiden itu yang ketika ini sedang berjuang membersihkan imej daripada publisiti negatif berikutan kehilangan pesawat MH370 dan tragedi MH17.

Pada 8 Mac, penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar di Laut China Selatan, sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 malam. Pesawat itu dalam perjalanan ke Beijing, China.

Usaha mengesan pesawat itu masih berjalan, di selatan Lautan Hindi tetapi masih tiada kesan ditemui.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari darat ke udara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.