‘Amran’ Mengamuk, Page Kena Report

Kuala Lumpur – “Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?”

Itu antara catatan awal ‘page’ Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.

PageAmran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000likedan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepada blogger Hanis Zalikha.

Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakanpageAmran Fans adalah laman ‘troll‘ Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu.

Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepadapagebaharu yang mula dibuka semula 10 November lepas.

Bagaimanapun laman sosial Instagram Amran_Fans77 masih aktif dan sehingga kini mendapat hampir 54,000 pengikut.

PageAmran Fans pernah menggemparkan pengikutnya dengan pengenalan slanga yang dikatakan berunsur lucah, ‘Ale uto’ yang kerap sehingga viral di media sosial.

Amran Fans, walau bagaimanapun, menafikan frasa itu berunsur negatif dan menjelaskan maksud perkataan itu ialah ‘I love u’ (saya cinta kamu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.