Tiga Warga Mynmar Maut Di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR – Tiga warga Myanmar maut dalam insiden tanah runtuh di Batu 49 Kampung 3, Terla, Cameron Highlands hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada 11 pagi tadi, 2 daripada mangsa adalah wanita dikenali sebagai Naing Vai, 23, dan Mu Aye Aye, 34, serta seorang lelaki dikenali sebagai Aung Thong, 23.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Sani Harul berkata runtuhan tanah berlaku pada bahagian atas tebing jalan menyebabkan pondok mangsa tertimbus.
“Pondok mangsa tidak dapat dilihat akibat daripada timbusan tanah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-SuaraTv
Tahziah pd yg terkorban!!! Apakah ada unsur2 rasuah dlm hal ini?? Atau orang ada pengaruh yg memiliki kebun2 ini?? Sila lah siasat buka fail …!! Khas pd sprn cuba2 lag selidik!!!
Rasuah ada dimana2? Tak amanah tk dapat elak rasuah?? Rasuah rosak musuh negara? Perasuah dua2 jatuh hukum seberat3nya!!!!!