PKR Cakap Tin Kosong Lebih Teruk Dari UMNO – Shamsubahrin

AMPANG – Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau hilang harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, dakwanya, barisan kepimpinan hingga akar umbi parti itu mementingkan kedudukan berbanding mengotakan janji untuk membela pemandu teksi.

“Saya tidak mahu bercakap tentang PKR, saya hilang harapan kepada PKR. PKR bercakap benda yang tidak ada fakta, bercakap perkara yang tidak munasabah.

“PKR punya wakil rakyat, menteri, orang PKR hanya bercakap demi untuk politik dan kedudukan . Setelah dapat kedudukan mereka tidak peduli apa janji-janji,.

“PKR lebih teruk daripada UMNO. PKR cakap tin kosong, cakap tentang kedudukan bila dah dapat semua lupa” katanya kepada pemberita ketika sidang media.

Shamsubahrin juga berkata, berbanding Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PRK, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin adalah pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab.

“Apa (Datuk Seri) Mohamed Azmin dah buat? Di mana anda? Zuraida Kamaruddin di mana kamu?

“Sebab itu kempen saya menyokong Rafizi Ramli, dia bertanggungjawab, dengar kami dan cuba membantu kami bukan Azmin dan Zuraida,” ujar beliau.

Kini, katanya, industri itu mengharapkan pembelaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana DAP dan Parti Amanah Negarah (PAN) juga mengabaikan pemandu teksi.

“Saya berharap hanya kepada PPBM, kami tidak boleh berharap kepada DAP lagi.

“Saya harap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun tampil menyokong kami (pemandu teksi),” tambahnya. – MalaysiaGazette

4 thoughts on “PKR Cakap Tin Kosong Lebih Teruk Dari UMNO – Shamsubahrin

  • Pingback:PKR Cakap Tin Kosong Lebih Teruk Dari UMNO – Shamsubahrin | Malaysia Updates News Portal

  • October 14, 2018 at 8:21 pm
    Permalink

    Pkr cakap losong ker?? Tapi pkr ..ph tak curi duit rakyat?? Pkr dan ph adalah sejuta kali lebih baik bagus jujur amanah tak rasuah!!! Sebut nama parti korup semua meluat, benci.. hancur musnah .derai bak debu..!! Rosak .hancur. ..korup kurap…tu la yg bolih pun!! Tunggulah lepas ni ramai akan didakwa atas salahlaku…rasuah…. salah tetap dihukum!! Jgn lari lorr??

    Reply
  • October 14, 2018 at 8:22 pm
    Permalink

    Rosak …musnah..hancur..rudum..junam ..parti korup???

    Reply
  • October 14, 2018 at 8:24 pm
    Permalink

    Tahniah pkr menang!!!! Rakyat benci korup..??? Tahniah pd ..pengundi bijak!!!
    Bagus …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.