Mayat Remaja, Bayi Dalam Bilik Air

PARIT BUNTAR: Mayat seorang remaja perempuan bersama bayi ditemui dalam bilik air sebuah rumah di Taman Seri Tenggara, di sini petang tadi.

Difahamkan remaja perempuan berusia belasan tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika melahirkan bayi di dalam bilik air rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan penemuan dua mayat itu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kes dalam siasatan termasuk menunggu hasil bedah siasat.

“Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.