Macam Ni Ke Pemimpin Yang Rakyat Malaysia Mahukan, Soal Netizen

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar berada di dalam tab mandi di Twitter dikritik oleh warganet (netizen).

Warganet beranggapan tidak wajar bagi seorang menteri untuk berkongsi gambar dengan tidak berbaju di dalam tab mandi di laman sosial.

“@SyedSaddiq … rasanya tak perlu kot nak tweet macam ni… Come on bro, behave yourself,” kata @MohdNiz66387815 di Twitter.

“Macam ini ke contoh kepada golongan muda? Macam ni ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? AKu rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” kata @thekings_vii.

“Syed Saddiq pun kemain lagi. Awak tu dah level menteri, tak perlu post gambar demikian rupa,” komen @syafiezubir.

“Masing-masing also ada preference. Syed Saddiq should stop cheap marketing and populist. Cukup-cukul la retorik politik. Jalan kerja,” kata @_nikAfif.

“Ini salah satu kaedah sains sukan tapi tak payah la @SyedSaddiq ambil gambar,” kata @AZulkefli_TTB

Syed Saddiq di Twitter semalam berkongsi gambar berendam dalam tab mandi yang mengandungi ais dengan kapsyen,’Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game. @dugongallstars. #HariSukanNegara.’

Tweet tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas mengundang reaksi negatif daripada pengguna Twitter.

Mandi dalam ais didakwa merupakan salah satu kaedah rawatan kesihatan.

Berendam dalam ais dikatakan cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus.

Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.