Siling Lobi Hotel Hilton KL Sentral Runtuh

KUALA LUMPUR – Siling Hotel Hilton Kuala Lumpur Sentral dilaporkan runtuh awal pagi tadi, kira-kira jam 3.30 pagi.

Dilaporkan seorang lelaki warga Bangladesh telah mengalami kecederaan akibat jatuh dari ketinggian 40 kaki.

Menurut laporan Sinar Harian, seramai 26 anggota dari tiga balai bomba dan penyelamat iaitu BBP Pantai, Hang Tuah, dan BBP Seputeh terlibat dalam operasi menyelamat.

Punca kejadian adalah kerana runtuhan siling plaster akibat dari kerja pembaikpulihan pendawaian elektrik yang sedang dijalankan.

Mangsa yang terlibat adalah hanya seorang lelaki warga Bangladesh dan hotel tersebut ditutup buat orang ramai untuk sementara waktu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.