Johor Tak Benar Anjur Oktoberfest

JOHOR BARU: Kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan lesen untuk menganjurkan mana-mana festival bertemakan alkohol termasuk Oktoberfest di Johor, kata Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian.

Osman berkata, kerajaan negeri tidak dapat menghentikan mana-mana individu daripada meminum alkohol, namun tidak akan membenarkan pesta sedemikian diadakan 

“Jika seorang bukan Muslim ingin minum di tempat kebiasaan mereka maka kita tidak akan menghalang kerana terdapat premis yang dilesenkan untuk menjual minuman keras.

“Tetapi untuk menganjurkan perayaan sedemikian, diperlukan lesen, dan kami di kerajaan negeri, tidak akan mengeluarkannya,” katanya selepas melancarkan karnival hari Kantin SJKC Tampoi di sini hari ini.

Kerajaan Terengganu juga mengharamkan perayaan Oktoberfest.

Sebelum ini kerajaan dilaporkan tidak menghalang pesta arak itu, namun terdapat bantahan daripada masyarakat sivil khasnya umat Islam yang sangat bimbang pesta arak itu membawa kepada kerosakan, penzinaan dan lebih parah lagi jenayah. – SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.