Ia adalah berikutan kemunculan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Port Dickson, baru-baru ini.

Siew Kong menegaskan, pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti pemerintah dalam soal tersebut, apatah lagi bertemu pemim­pin mereka bagi menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan.

“Gerakan kini menjadi sebuah parti yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Bagaimanapun kita akan berkerjasama dengan parti-parti yang senada dengan perjuangan Gerakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda dan Wanita Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay. – UTUSAN ONLINE