Buat Baik Kepada Semua Orang, Itu Pesanan Ayah, Syafiq Farhain

KUALA LUMPUR – Nasihat arwah bapa agar sentias berbuat baik kepada sesiapa pun, dan perkara itu yang menjadi pegangan Syafiq Farhain sehingga hari ini.

Dia yang temui di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana nyata tidak dapat menahan sebak dan akan sentiasa diingati, apatah lagi kini turut mengikut jejak ayahnya menjadi insan seni.

“Saya begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang. Meskipun tidak membesar sepenuhnya bersama ayah, arwah ada menitipkan pesanan supaya sentiasa berbuat baik tanpa mengira sesiapa.

“Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai,” katanya dipetik sebagai berkata.

Syafiq berkata, selepas ayahnya, Saleem Iklim kemalangan pada 20 September lalu, dia sempat menziarahinya yang ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital di Kajang, Selangor.

“Selepas itu, saya mula sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Big Stage. Selepas itu, saya mendapat tahu arwah dibenarkan pulang sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), tiga hari lalu,” tambahnya.

Saleem yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, kira-kira jam 2 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nur Syafiq Farhain, 24; dan NurulAzwanie Shuhada, 18; serta Mohd Amirul Mukmin, 15, hasil perkahwinan bersama Julia Bachok.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.