Video: Khairuddin Mahu Berdebat Dengan Pemimpin Umno

PETALING JAYA: Bekas Pengasas Parti Bersatu, Khairuddin Abu Hassab hari ini menyatakan hasratnya mahu berdebat dengan mana-mana pemimpin dari Parti Umno.

Menurut beliau, kesediaannya untuk berdebat adalah tidak mengira siapa pemimpin tersebut dan berdebat mengenai isu 1MDB.

“Saya panggil semua pemimpin Umno, saya bersedia untuk berdebat dengan mana-mana Umno dalam isu 1MDB,”katanya ketika menyampaikan pengucapan awam di Demonstasi ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Justeru itu, beliau bersumpah dihadapan penonton yang hadir di himpunan tersebut dengan menegaskan bahawa beliau akan menentang kerajaan sehingga akhir hayat beliau.

“Saya berikrar saya bersumpah, selagi hayat dikandung badan, biar peluru menembusi kulit-kulit saya, walaupun simen bakal membaluti tubuh saya, saya bersumpah dengan 30 juta rakyat Malaysia, saya akan berjuang secara habis-habisan,”ujarnya.

Terdahulu, himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ ini dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.