Video: Azmin Jangka Lebih Ramai Datang Himpunan

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa lebih ramai penonton akan menghadiri Demonstasi ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Menurut jangkaan beliau, akan berlaku pertambahan jumlah penonton ketika acara semakin berada di kemuncak.

“Saya menjangkakan perhimpunan aman ini akan mendapat sambutan yang lebih besar.

“Kalau kita lihat, petang tadi, ramai penyokong yang datang untuk menyokong usaha ini,”katanya ketika ditemui media di Demonstasi ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ petang tadi.

Terdahulu, himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ ini dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

Malam ini, beberapa pemimpin tertinggi pakatan Harapan akan menyampaikan pengucapan awam di hadapan penonton yang hadiri.

Antara pemimpin tersebut ialah Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohammed dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Mahu Azizah Wan Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.