Video: Anti Kleptokrasi Mungkin Tak Seramai Bersih – Mat Sabu

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu hari ini mendakwa bahawa jumlah bilangan penonton yang hadir pada  Demonstasi ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang bertempat di Padang Timur di sini adalah tidak seramai penonton yang hadir ke Demonstrasi Bersih.

Menurut beliau, jumlah yang hadir pada hari ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kehadiran yang datang begitu baik sekali, sekarang ni penuh kat tempat makan dan kat tepi-tepi.

“Target untuk jumlah yang datang ini dah achieved la dan memuaskan tapi mungkin tak seramai Bersih”katanya kepada media ketika ditemui semasa beliau membuat lawatan tapak di sini tadi.

Terdahulu, himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ ini dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

Malam ini, beberapa pemimpin tertinggi pakatan Harapan akan menyampaikan pengucapan awam di hadapan penonton yang hadiri.

Antara pemimpin tersebut ialah Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohammed dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Mahu Azizah Wan Ismail.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.