Rohingya Perlu Kembali ke Myanmar – Kofi Annan

NEW YORK – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan, semalam, menggesa Majlis Keselamatan mendesak ratusan ribu etnik Islam Rohingya yang melarikan diri susulan kempen tentera supaya pulang ke Myanmar.

Annan, yang mengetuai suruhanjaya penasihat kepada kerajaan Myanmar, berkata kuasa dunia perlu bekerjasama dengan tentera negara itu dan pemimpin awam untuk menamatkan krisis pelarian.

Majlis Keselamatan menimbang tindakan, kemungkinan resolusi membentangkan tuntutan, tetapi diplomat berkata China, penyokong bekas pemerintah junta Myanmar dan Russia menentang langkah itu.

“Saya harap resolusi yang diputuskan menggesa kerajaan menekankan dan mewujudkan keadaan yang membolehkan pelarian kembali dengan harga diri dan rasa selamat.

“Mereka tidak sepatutnya dikembalikan ke kem. Mereka patut membantu membina semula,” kata Annan kepada wartawan selepas mesyuarat tertutup dengan agensi itu.

Lebih 500,000 etnik Rohingya masuk ke Bangladesh sejak Ogos lalu, melarikan diri daripada operasi tentera di Rakhine, yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.

Myanmar berkata, mereka menghapuskan militan Rohingya susulan serangan ke atas pos polis lewat Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.